Terms & Disclaimer
Platform ini menyediakan pendidikan dan analisis pasaran umum bagi tujuan pendidikan sahaja. Kami tidak memberikan nasihat kewangan atau cadangan sebarang pelaburan.
- Semua analisis pasaran dan strategi perdagangan yang disediakan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman kami. Kami tidak menjamin bahawa sebarang strategi atau cadangan akan membawa kepada keuntungan.
- Perdagangan dalam pasaran kewangan melibatkan risiko tinggi. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan perdagangan anda. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan.
- Kami tidak menawarkan khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan pengurusan dana. Untuk nasihat yang disesuaikan, sila berunding dengan penasihat kewangan berlesen.
- Kami hanya bertindak sebagai penyedia teknikal dan platform pendidikan. Semua maklumat dan analisis pasaran yang disediakan adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja dan bukan untuk tujuan pelaburan langsung.
- Semua posting dan analisis yang dikongsi adalah pendapat individu ahli komuniti dan bukan nasihat kewangan rasmi. Kami tidak bertanggungjawab atas kesahihan atau ketepatan maklumat yang dikongsi oleh ahli komuniti. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang dikongsi dalam ruang komuniti ini.
- Sebarang promosi atau iklan yang ditampilkan di platform ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah produk, perkhidmatan, atau penawaran yang dipromosikan oleh pihak ketiga. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan melakukan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan berkaitan promosi atau iklan yang ditawarkan.
- Dengan menggunakan platform ini, anda mengakui bahawa keputusan perdagangan yang diambil adalah terpulang sepenuhnya kepada anda dan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan atau kerugian yang timbul akibat penggunaan platform ini.
- Dengan mendaftar di platform ini, anda memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan data pendaftaran yang diberikan untuk tujuan pengurusan akaun, komunikasi berkaitan platform, dan penyampaian maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan yang relevan. Kami berkomitmen untuk menjaga kerahsiaan data peribadi anda dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan